PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya memberi fokus kepada pelaksanaan perancangan serta perubahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
Ia antara amanat disampaikan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada program Pemukiman Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2023 di Seri Perdana di sini, yang dihadiri semua timbalan menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata Perdana Menteri amat fokus terhadap prestasi kerajaan pimpinannya dan menegaskan mahu semua timbalan menteri membawa reformasi dalam masa singkat.
"Beliau (Anwar) berpandangan rakyat tidak sabar lagi dan mereka ingin nampak hasil secepat mungkin. Ini peringatan penting bagi semua yang pegang jawatan untuk beri fokus bawa perubahan dalam tempoh singkat," katanya ketika ditemui pemberita selepas program pemukiman itu.
Sesi pemukiman itu berlangsung lebih satu jam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.
Dalam sesi pemukiman itu, Teo berkata timbalan-timbalan menteri turut menerima taklimat daripada tokoh penting dalam kerajaan termasuk Mohd Zuki dan Johan.
"Saya juga amat berbesar hati kerana Perdana Menteri cukup sabar dan jawab soalan kami (timbalan menteri) sepanjang sesi ini. Sesi ini banyak isu yang dibangkitkan timbalan menteri ," katanya.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena program itu berkata pemukiman itu dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan timbalan menteri Kerajaan Perpaduan.
JPM berkata program itu adalah selaras dengan hasrat perdana menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Program permukiman hari ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan.
Aspek itu merangkumi petunjuk prestasi utama (KPI) MADANI Kerajaan Perpaduan, Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Integriti dan Tata kelola Organisasi, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme serta Komunikasi Media.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Permukiman Timbalan-timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2023 di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
25 Tahun PKR: Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.